26.5.10

Vincent Van Gogh (1853 - 1890)

Vincent Van Gogh dilahirkan pada 30 Maret 1853, di kampung Groot Zunbert di daerah Brabant Utara, Belanda. Ketika berumur 20 tujuh tahun, dia memilih untuk menggunakan seni sebagai cara untuk dia meluahkan perasaan. Van Gogh tiba di Paris pada 1886, dia begitu bersemangat untuk belajar dan bersedia untuk menimba pengalaman baru. Dalam tempo dua tahun dia sepenuhnya menjadi seorang pelukis. Warna yang terang dan gemilang membanjiri hasil karyanya.

Salah satu dari hasil karya Van Gogh yang paling terkenal, Bunga Matahari (Sunflowers) menonjolkan kegemilangan warna yang mula digunakan oleh Van Gogh di Arles. Dia menjadikan penelitian Bunga Matahari sebagai perhiasan di biliknya, dan setiap satunya memancarkan kegemarannya kepada cahaya, warna dan cara mudah. Ia dikatakan bahawa kuning keemasan dan jangka hayat bunga matahari yang pendek itu menarik minat Van Gogh

Van Gogh merupakan keseorangan lelaki yang kesunyian. Banyak dari lukisannya, seperti gambar bilik tidurnya, mencerminkan keinginannya untuk seorang teman. Lukisan itu ceria, tetapi terdapat tanda dari perasaan terkongkong dan kesepiannya yang terpendam.

Van Gogh diserang penyakit epilepsy, dia juga menghiris sebagian telinganya, di karenakan van gogh merasa terlalu sering mendengar suara suara malaikat dari telinganya, padahal kebiasaan van gogh meminum minuman keras yang terlalu sering itulah yang membuat telinganya berdenging.

Dari semua karya Van gogh sepanjang hidupnya, tak satupun karyanya, yang laku terjual, semasa ia hidup. Tetapi sekarang lukisan Van gogh termasuk karya seni yang terbaik, paling terkenal, dan paling mahal di dunia. Van Gogh dianggap sebagai salah satu pelukis terbesar dalam sejarah seni Eropa.

Salah satu lukisan Van Gogh terakhir ialah Ladang Gandum dengan gagak (Wheatfield with Crows). Lukisan itu menunjukkan perasaan Van Gogh yang ingin bebas seperti burung tetapi terhadang oleh langit mendung yang gelap. Serangan penyakit epilepsy dan kekecewaan akan tidak jelasnya mutu ataupun jumlah penghasilan hasil seninya, yang akhirnya mendorong Van Gogh membunuh diri.

Pada 27 July 1890, Vincent Van Gogh membunuh dirinya sendiri ketika berusia tiga puluh tujuh tahun dan dikebumikan di perkuburan bandar Auvers-sur-Oise, Perancis.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar